Air Barli Viral Ini Berkesan Naikkan Seri Muka, Badan Pun Jadi Kurus Langsing

Loading...

Resepi air barli ini bukan saja sedap, malah boleh cantikkan kulit dan mengembalikan tubuh badan berisi menjadi kurus langsing. Kalau mak-mak masih ingat kami pernah kongsikan resepi air kurus viral yang buat angin berzumba keluar.

Ramai yang mencuba dan menjadi. Kali ini, Aisyah Badar Bajrai berkongsi pula Air Barli Viral yang mudah disediakan dan murah pula bahan-bahannya. Menariknya mak-mak, wajah Aisyah sekarang pun makin berseri-seri.

Bermakna apa yang dikongsikan ini betul-betul menjadi.

Masa memula jumpa resepi ni Aisyah excited sangat. Sebab selama ni tak tau pun barli ni boleh cantikkan kulit kita plus kuruskan badan. Ya Allah, murah kot modal beli barli. Nak minum hari hari pun boleh.”

Air barli ni walaupun nampak biasa biasa jek tapi kalau kita konsisten minum, badan kita boleh KURUS tau. Pastu kulit yang KUSAM pun boleh BERSERI SERI balik plus boleh ANJALKAN KULIT. Tak yah sesusah nak cucuk botox. Minum jek air barli. Jimat.”

Resepi Air Barli Viral

Untuk cantikkan kulit + kuruskan badan – boleh guna sukatan sendiri )

1/2 cawan barli

7 gelas air

1 batang kayu manis ceylon

Lemon

Madu ( kalau nak manis)

Cara Membuat

Rebus barli + kayu manis ceylon dengan air selama 30-45 minit, sampai barli kembang. Pastu dah boleh tutup api. Sebelum minum nanti perahkan lemon sikit dengan masukkan madu sikit.

Baki air barli boleh simpan dalam peti ais. Aisyah suka asingkan biji barli dengan air rebusan sebab tak nak barli tu kembang sangat.

Jangan lupa panaskan sebelum minum.

Ini Antara Khasiat Air Barli Ini

Barli

kurangkan morning sickness

anjalkan kulit

sejukkan badan

banyakkan susu ibu

rendahkan kolestrol

melegakan sembelit

kuruskan badan

kencing manis

arthritis

menguatkan gigi

kurangkan rambut gugur

anemia

batuk, sakit tekak, demam

membantu mencegah batu karang

Cegah osteoporosis

masalah jerawat

mencegah kencing kotor

kencing kotor

Kayu manis ceylon

boost metabolisme badan

kurangkan kolestrol

Kurangkan selera makan

lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar

lancarkan period dan servis dalaman

Lemon

cuci kerak kerak lama dalam usus

bakar lemak degil

ada vit c, bagus untuk kulit

anti kanser

mengempiskan perut

Madu

tambahkan tenaga

antioxidant

pemanis semula jadi

Siapa cakap nak cantik dan kurus ni kena guna modal besar. Minum jek air barli hari hari, nanti glowing mowing plus anjal tau. Pastu lelemak pun segan nak duduk lelama dalam badan.

Sumber/Foto : Aisyah Badar Bajrai via FB Keluarga Till Jannah

 

Loading...