Akhirnya Inilah Dia Identiti Sebenar Gadis Video ‘Manja Lapar’ Yang Tular Baru2 Ini

Loading...

Baru-baru ini telah tular sebuah rakaman video ‘manja lapar’ di laman sosial media. Video itu menunjukkan seorang gadis dalam keadaan kelaparan dan kepanasan dengan aksi manja yang dikatakan sweet dalam kalangan mereka yang melihatnya.

Rakaman yang dimuat naik menerusi laman sosial Instagram milik teman lelakinya, Muhd Aiman Amar Maiyuddin meraih perhatian netizen sehingga ramai membuat parodi termasuk selebriti tanah air yang cuba meniru aksi mereka.

Gadis tersebut, Nur Anizah Tahang menjelaskan bahawa aksi itu telah dirakam secara spontan dan tidak dibuat-buat. Namun gadis yang lebih mesra dengan panggilan Nija ini memang dikenali dengan berperwatakan manja oleh keluarga dan kawan-kawan rapatnya.

Anak kelahiran Kajang yang berusia 20 tahun ini juga berkata, sedangkan bunyi guruh pun dia boleh menangis, apatah lagi sekiranya dalam keadaan lapar di tengah panas terik matahari.

Muhd Aiman yang mengenali Nija sejak lapan bulan yang lalu berkata, dia lebih mengenali teman wanitanya itu dan merancang untuk berkahwin sekiranya mempunyai jodoh yang panjang.

 

Jom Lihat Parodi Awek Manja Cendol

Sumber : ohmymedia

Loading...