Azal Terima Cabaran Beli Barang Dapur Tanpa Perlu Tulis Senarai Atas Kertas,Ramai Gelak Bila Azal Bawa Balik Barang Apa

Loading...

Anak Zarina Zainudin iaitu Azal dan Azil sememangnya dikenali ramai sebagai anak autism. Mereka berdua adakalanya tenang namun ada waktunya punya mood yang kurang baik.

 

Namun antara Azal dan Azil,Azal adalah anak yang boleh di harapkan kerana dia mampu bercakap dan mendengar arahan dengan baik.

Orang cakap anak autism ini mereka sebenarnya ada kelebihan yang tersembunyi. Seperti Azal ini, ibunya berhenti di sebuah pasar dan meminta Azal untuk keluar membeli barang dapur sendirian tanpa di temani sesiapa.

Azal kelihatan tenang mendengar satu per satu barang dapur yang perlu di belinya untuk masak menu asam pedas. Azal hanya mengangguk-anggukkan kepala mendengar senarai barang tersebut sambil menghafalnya tanpa perlu membawa nota.Ini adalah proses mendengar dan menghafal barang dapur:

 

Ini pula adalah proses ingat dan ulang semula.Waktu ini Azal nampak letih dan tertidur.Bila bangun semula, dia ulang balik apa yang ibunya pesan walaupun ada yang dia ingat dan ada yang dia lupa.

Part ini pula agak lawak, Azal beberapa kali tersasul dan tertukar seperti kangkung menjadi kangkang membuatkan ibunya gelak besar.

 

Part ini adalah part akhir.Walaupun berkali-kali perlu ingat dan ulang, sehinggakan ibunya gelak besar apabila Azal menyatakan dia sudah beli daun ketum,penonton ramai yang terkejut melihat apa yang Azal bawa pada ibunya di kereta. Apa yang ibunya pesan,semua di beli dengan cukup.Waah hebat Azal!!!Asalnya ramai orang gelak sebab Azal sebut daun kuntum,daun ketum…..akhirnya semuanya sudah di beli.walaupun ibu dengan followers ibu gelak tengok aksi Azal,tapi ramai yang kagum keboleh Azal yang mendengar arahan dengan baik.

 

sumber: Kisahdunia

Loading...