“Bini Aku Malam Ni Fuh!” – Muat Naik Gambar Melucukan Stacy, Terhibur Lihat Akim Ahmad Sakat Isteri!

Loading...

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi dan pelakon Akim Ahmad dengan isterinya, Ummu Syaikhah Stacy Anam bukan?

Selain terkenal kerana suara yang unik, kedua pasangan ini sebenarnya sering mengusik antara satu sama lain di laman Instagramnya!

Terbaru Akim dalam laman Instagramnya ada memuat naik beberapa keping gambar dirinya dan Stacy ketika majlis Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32).

Gambar berkenaan yang disertakan kapsyen “Bini aku malam ni fuhh, cantik tak terkata tengok gambar last tu, cantik bukan? All the best for tonight sayang @stacyanam “ ternyata mendapat perhatian netizen.

Mana tidaknya, ‘pujian’ yang ditulis oleh Akim seolah tidak selari dengan gambar Stacy yang dimuat naik di ruangan berkenaan di mana wanita berusia 27 tahun itu nampak sangat melucukan!

 

Rata-rata terhibur, bahkan menegur rambut dan hidung Stacy yang nampak sangat melucukan.

Terdahulu Stacy ada mengusik suaminya dengan menyamakan rambut kuning lelaki tersebut dengan mee kuning.

Sumber Instagram Akim Ahmad

Kredit:kisahDunia

Loading...