Budak Cendol Dengan Video Barunya,Nangis Dalam Pawagam Setiap 2 Minit????

Loading...

Tak sangka kerana sikap dan personaliti seseorang,ianya boleh jadi viral besar dan di kenali ramai. Begitulah yang jadi pada Iman Amar dan kekasih hatinya iaitu Ninija. Rakaman video Ninija bersuara manja bagai budak kecil merengek menjadi viral kerana sedih tak dapat makan cendol.


Nama mereka berdua naik mendadak dan akaun Instagram mereka mendapat ramai followers dalam masa yang singkat hanya kerana video mereka yang viral beberapa minggu lalu.


Ada yang cakap Ninija ini lebih kepada gedik dan mengada-ngada dan bukannya manja. Namun begitu, videonya itu telah menarik perhatian ramai dan mendapat perhatian netizen.


Disebabkan viral besar di internet,mereka pun di panggil menjadi tetamu di rancangan Motif Viral baru-baru ini.


Iman Amar faham videonya dan kekasih yang viral  itu  mendapat kritikan ramai orang.Katanya melalui satu posting,“Its okay sayang, theres nothing to worry about. Anggap jelah dorang tu tak bertuah sebab tak dapat yang manja macam awak ni.”

Terkini, rakaman video ini pula menjadi bualan ramai. Ada yang persoal,memang masuk wayang tengok cerita sedih boleh nangis setiap 2 minit ke?

 


Dalam banyak-banyak komen, komen ini yang paling lawak.

Loading...