Dengan Bajet Tak Sampai RM20, Anda Masih Boleh Dapatkan Kulit Yang “Flawless”. Blackhead Pun Boleh Hilang!

Loading...

Setiap wanita tentunya mahu memiliki kulit yang licin, halus dan mulus. Kadangkala, bila ada sedikit cela pada wajah pun anda sudah gelabah dan terus mahu mencari jalan untuk menghilangkan cela tersebut. Anda tidak perlu risau kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.Tentunya pelbagai petua telah anda cuba demi mendapatkan kulit yang mulus. Terdapat satu lagi petua yang boleh anda cuba yang telah dikongsi oleh seorang wanita bernama Marsiah Hashim di laman Facebooknya.

Menurutnya, hanya dengan menggunakan Vaseline dan ubat gigi, anda kini boleh miliki kulit idaman anda. Bukan sahaja flawless, malah blackhead pun boleh hilang tau! Jom kita ikuti perkongsian oleh Marsiah Hashim dan semoga ia bermanfaat untuk anda semua.

 

Foto: Facebook Marsiah Hashim

Petang Ahad ni bosan pula. Encik hubby asyik kena kerja juga walaupun cuti. Kak Ayu nak memanjakan muka dengan bajet masker murah DIY di rumah sahaja.

Bahan:
Hanya Vaseline dan ubat gigi.

Foto: Facebook Marsiah Hashim

Sangat best! Letakkan di muka dalam 15 minit sahaja. Sejuk jer terasa.

Hasilnya selepas menggunakan campuran bahan ini.
Kesannya:
– Mengecutkan jerawat.
– Whitehead dan blackhead hilang.
– Kulit lebih bersih dan flawless.
– Mengurangkan kedutan.Buat dalam 2 kali seminggu sahaja.

Sumber: Facebook Marsiah Hashim via Hijabista

Loading...