(FOTO) Eina Azman Hadiahkan Anak Kembar Jam Tangan Mewah Rolex Sempena Hari Lahir. Jom Tengok Harga Jam Tu, Boleh Membuat Anda Terus Terduduk !

Loading...

Kehidupan Datin Paduka Eina Azman dan anak kembarnya, Karl Kareef serta Arianna Aubrey sering  menjadi tarikan ramai di media sosial. Mana tidaknya, kalau sesiapa yang mengikuti Instagram beliau, pasti mengetahui gaya kehidupan Eina yang agak mewah.

Terbaru, Eina telah menyambut hari jadi Karl dan Aubrey yang kedua dengan meriah di Pulau Pinang. Khabarnya, mereka sekeluarga dan beberapa rakan turut menikmati percutian di pulau tersebut.

 

Bukan itu sahaja, beliau juga membuatkan netizen tergamam apabila menghadiahkan jam tangan jenama mewah, Rolex yang mencecah harga berbelas ribu ringgit setiap satu untuk kedua-dua anaknya itu. Menerusi Insta Stories Eina, beliau turut berkongsi foto serta harga dua buah jam tangan tersebut.

Bertuah betul anak-anak Eina kerana daripada kecil sudah dimanjakan dengan barangan mewah. Apa salahnya bukan kalau dah mampu?

Kemewahan Eina Azman Tidak Terhenti Di Sini
Lihat! Hidup Mewah Anak Kembar Comel Eina Azman dijaga Rapi ‘Maid’ Peribadi

Fasa populariti bagi anak-anak comel selebriti ini juga bergerak selari dengan trend fesyen. InTrend tertarik dengan telatah comel anak kembar Eina Azman.

 

Oleh: Hakimi Tajul As’ari 

 

eina azman 1

 

FASA populariti bagi anak-anak comel selebriti ini juga bergerak selari dengan trend fesyen. Selepas gelombang popular yang dibawa oleh Lara yang memiliki jutaan followers di Instagram membuka mata ramai bahawa nilai menjadi seorang anak kepada selebriti popular bukanlah mudah. Populariti ibu dan ayah sekaligus terpalit sama dengan telatah comel yang dimuat naik pada akaun Instagram yang dimiliki mereka. InTrend tertarik dengan telatah comel anak kembar Eina Azman di akaun rasmi mereka.
>>>VIDEO: Anak kembar dijaga rapi pembantu setiap seorang<<<

 

Berikut adalah temu bual yang dipetik kembali ketika bersama mStar Online. Laporan menyatakan bahawa pelakon Datin Eina Azman memberitahu, dia tidak mampu untuk menguruskan anak kembarnya, Karl Kareef dan Arianna Aubrey tanpa bantuan pembantu rumah.
“Tugas itu terlalu berat tambahan pula mereka masih kecil dan saya perlukan pembantu untuk membantu saya menguruskan mereka.”

>>>GAMBAR TELATAH COMEL ARIANNA AUBREY & KARL KAREEF<<<

majalah intrend! facebook, ikuti kami di twitter andinstagram.

Loading...