Ini Sebab Kenapa Anda Mesti Boikot Drama Pukul 7

Loading...

Boikot drama pukul 7? Apa yang seronok sangat drama pukul 7? Rata rata drama yang selalu menjadi trending bersiaran pada pukul 7. Ini menjadi tontonan rutin harian remaja hingga ke orang dewasa..

Wanita terutama isteri antara paling ramai sebenarnya. Sekumpulan anak muda ini menyeru untuk memboikot drama pukul 7 ini. Ini sebab sebab kenapa.

Ini Sebab Kenapa Anda Mesti Boikot Drama Pukul 7

“FANTASI MEMBUNUH REALITI”

Pada masa kini, kita sering dimomokkan dengan drama-drama fantasi yang langsung tidak realistik terutamanya drama pada jam 7 petang. Benda yang diceritakan hampir sama dan langsung tidak menunjukkan situasi semasa rakyat Malaysia yang berada dalam tekanan.

Asyik-asyik kahwin paksa. Asyik-asyik heroin miskin kahwin dengan hero anak orang kaya. Tak kurang juga aksi-aksi yang menjengkelkan acah-acah sweet terlebih.

Dan sepatutnya, drama-drama yang perlu diketengahkan adalah seperti isu pendidikan, kemiskinan, politik semasa dan lain-lain lagi. Drama yang benar-benar menggambarkan kehidupan sebenar masyarakat Malaysia.

Maka ayuh bersama kami untuk boikot drama jam tujuh petang.

Kredit : Oh Viral

Sejujurnya, pihak hiburan perlu mengambil kisah tentang drama siaran pukul 7 ini. Terdapat beberapa komen dari netizen menyatakan drama waktu begini tidak sesuai kerana waktu yang sama dengan solat Maghrib.

Ada sesetengah komen supaya kurangkan drama drama yang dikatakan mengarut kerana banyak mempengaruhi rakyat terutama isteri isteri.

Jika anda ingat zaman dahulu kebanyakkan ibu bapa kita mesti menyuruh menutup tv ketika waktu maghrib.

Mohon pihak berkenaan meneliti semua waktu siaran tersebut dan sebab utama adalah untuk menghormati waktu Maghrib. – GedebakViral.

Share Jika Manafaat.. Insyallah

 

Loading...