‘Jangan campak beg lagi, cium beg itu!’ Video Tony Fernandes meminta pekerja cium bagasi tular sehingga meraih 8,500 perkongsian!

Loading...

Cara pekerja lapangan terbang mengendalikan bagasi penumpang bukanlah satu rahsia besar lagi. Jika bagasi anda berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang kerosakan, anda adalah individu yang sangat bertuah!

Memandangkan isu pengurusan bagasi ini merupakan salah satu isu yang sentiasa mengundangkan kritikan ramai, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia iaitu Tan Sri Tony Fernandes baru-baru ini telah meminta pekerja syarikat penerbangannya untuk lebih berhati-hati semasa mengendalikan beg-beg bagasi penumpang.

Dalam satu rakaman video yang dikongsikan oleh Mohd Jefri di Facebook pada 15 Februari lalu, Tony dilihat telah menyuarakan satu permintaan kepada pekerjanya dengan berkata:

“Tolong jaga beg dengan lebih baik, okay? Setiap hari saya menerima e-mel aduan tentang beg. Jangan campak beg lagi, cium beg itu”.

Perkara ini jelas dipandang serius oleh Tony yang berharap agar isu berkenaan dapat ditangani dengan kadar segera dalam usaha untuk menjaga kebajikan pekerja khususnya yang terlibat dalam kumpulan pengendali bagasi dan juga hak penumpang.

Video berkenaan terus menular di laman sosial dan sehingga kini telah meraih lebih daripada 8,500 kali perkongsian!

Tonton video di bawah:

Sumber: Facebook/Mohd Jefri

Loading...