“Kami tak kuat, iman kami senipis kulit bawang…” – Kenyataan lelaki ini ‘triggered’ netizen lain setelah meminta wanita Melayu menutup aurat

Loading...

Sekiranya anda memiliki akaun Instagram, pastinya anda akan perasan yang kebanyakan gadis-gadis Melayu sekarang sudah menjadi semakin daring berbanding dahulu. Meskipun jumlah wanita yang berhijrah dilihat semakin ramai, namun anehnya, mereka tetap memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata walaupun memakai hijab di kepala.

Berikutan fenomena luar biasa ini, seorang pengguna Twitter telah terpanggil untuk meluahkan perasaan beliau mengenai trend yang dilihat semakin popular di kalangan wanita Melayu.
Tolong kami, kami tak kuat!
Tweet yang dimuatnaik oleh Radin Ajijan yang meminta wanita Melayu supaya lebih ‘bertimbang rasa’ dengan lelaki Melayu dengan memakai pakaian yang lebih sopan telah membuatkan ramai pengguna lain ‘triggered’ dengan kenyataan beliau ini.


Kata kuat sangat, tapi bila masuk bab ni terus…
Seorang instafamous telah menyelar kenyaataan Radin itu. Menurut Nalisa, orang lelaki sering kali bermegah-megah dengan kekuatan fizikal mereka, namun rupa-rupanya seorang yang lemah di dalam perang memerangi nafsu syahwat mereka.

Pergi duduk Taliban sana
Seorang pengguna lain yang terkejut dengan kenyataan Radin itu telah menasihati beliau supaya lebih belajar mengawal diri sendiri. Selain itu, pengguna itu turut menasihati Radin supaya berpindah ke Taliban sekiranya masih gagal untuk menerima budaya dan trend sekarang ini.


Katak bawah tempurung
Tidak kurang pula yang mengatakan Radin sebenarnya mengalami kejutan budaya kerana tidak pernah pergi ke luar negara untuk melihat sendiri bagaimana masyarakat di luar sana mempelajari self-control.


Pernah nampak perempuan kacau lelaki walaupun nampak bentuk anu?
Selain itu, seorang pengguna Twitter yang lain turut mempertikaikan mentaliti kelas ketiga yang dimiliki oleh rata-rata lelaki Melayu. Menurut Yuliana, mengapa lelaki mudah sangat gagal untuk self-control apabila melihat wanita memakai pakaian yang mengikut bentuk badan, sedangkan iman kaum wanita tidak sedikit pun terjejas melihat orang lelaki yang memakai seluar sehingga menampakkan bentuk anu.

 

Sumber : Nalisa Alia Amin

Loading...