Kerbau Dijadikan Tunggangan Pasangan Bogel, Namun Apa Yang Terjadi Selepas Itu Pasti Buat Pasangan Itu Menyesal!

Loading...

Seorang lelaki warga Britain didakwa menawarkan perkhidmatan menunggang kerbau kepada pelancong dalam keadaan berbogel. Foto Viral Press

SEORANG lelaki warga Britain mencetuskan kemarahan apabila menawarkan perkhidmatan menunggang kerbau kepada pelancong dalam keadaan berbogel.Liam Cox kini disiasat polis berhubung perkhidmatan yang ditawarkan di sebuah pulau di Siargao, Filipina selama beberapa tahun.

Bagaimanapun, ekspatriat itu hanya membangkitkan kemarahan awal bulan ini apabila tindakannya memuat naik gambar satu pasangan berbogel dan disaluti lumpur sedang menunggang haiwan itu, secara dalam talian.

Gambar tersebut menunjukkan seorang lelaki berbogel sedang berdiri memerhatikan pelancong menunggang haiwan tersebut.

Kerbau diisytiharkan sebagai haiwan kebangsaan Filipina oleh bekas presiden, Emilio Aguinaldo.

Polis memfailkan kes terserbut terhadap Liam Cox, manakala pegawai tempatan mengecam tindakannya yang tidak menghormati budaya tempatan.

Ia merupakan insiden terbaru membabitkan warga asing yang didakwa kerana berkelakuan menyinggung perasaan di negara yang lebih konservatif.

Ketua Polis di Bandar Surigao, Inspektor Joel Liong berkata: “Polis telah memfailkan kes terhadap seorang warga Britain, Liam Cox.”

“Kes terhadapnya ialah menghina budaya dan tradisi Filipina.

“Kita telah memfailkan kes terhadapnya dan orang-orang yang terlibat dalam gambar-gambar tular.

“Mereka dilihat menunggang kerbau dalam keadaan berbogel dan ia merupakan tindakan tidak sopan,” katanya. – Mail Online

Sumber: mstar

Loading...