Mesti Ramai Yang Belum Tahu Apa Yang Dilakukan Hael Husaini 10 Tahun Dahulu Sebelum Hael Husaini Bergelar Juara AJL32.

Loading...

JAMPI? Bila lagu ini pertama kali keluar di dalam dunia muzik sememangnya boleh jangka ia boleh pergi jauh. Susunan melodi lagu Jampi memang lebih jauh ke depan berbanding generic music dan lagu di Malaysia setakat ini manakan tidak, budak 5 tahun pun sekali dengar pun boleh layan.

 

Sebelum ini, Hangat.com pernah mengeluarkan artikel mengenai ramalan siapa bakal Juara AJL32, dan ramalan kami tepat. Kuat betul jampian Hael Husainiuntuk kami meramal.

Aset Muzik Industri

Hael memang layak bergelar juara AJL pada tahu ini. Dia adalah bintang bakal bersinar & aset muzik industri kita. Karya beliau selain Jampi jua telah menjadi siulan anak muda seperti Pematah Hati (Nabila), Dia (Dayang), Nisa Cinta (Jac & Nana) cukup mengaggumkan dan menzahirkan identiti karya muzik Malay-pop masa kini.

Hael berjaya menjampi seluruh rakyat malaysia, namun perjalanan kariernya bukanlah mudah seperti yang disangka. Untuk memiliki apa yang dia kecapi pada hari ini, pelbagai halangan di harus tempuhi.
Tak Perlu Jadi Juara Realiti TV untuk Bergelar Juara AJL

Nampaknya Hael telah memngikut jejak beberapa nama penyanyi terkenal seperti Aizat Amdan dan Yuna kerana kedua-dua mereka pernah gagal menjadi juara program realiti TV. Aizat pernah tersingkir dalam Akademi Fantasi ke-5 namun menjadi Juara AJL ke pada tahun 2009.

Manakala Yuna pula pernah gagal menyertai program realiti TV Malaysian Idol namun lagu ciptaanya sendiri Terukir di Bintang pernah menjuarai AJL pada tahun 2012.

Hael pernah kecundang dalam dua program realiti TV sebelum ini.

Pernah Tewas Dalam Program Mentor

Hael merupakan bekas peserta program realiti Mentor musim ketiga dengan nama Sani.  Dia kemudiannya menggunakan nama penuhnya iaitu Hael Husaini sebagai salah satu langkah memperkenalkan kembali dirinya di persada muzik tempatan.

Pernah satu pentas dengan komposer terkenal Ajai menjadi mentor. Kini Hael menulis lagu untuk Jaclyn Victor dan sama-sama bersaing mempertaruhkan lagu sendiri dengan Ajai di AJL32 malam tadi.

Dalam Mentor, Hael berduet dengan Erul dengan nama kumpulan Evo. Ini percubaan pertama Hael menyertai pertandingan realiti TV dibimbing oleh Jaclyn Victor sebagai mentor.

Kecundang Dalam Akademi Fantasia

Berduet dengan Mohd Azhar Osmandengan nama Azhael. Mereka bergelar Naib Juara Akademi Fantasia Musim 10 pada tahun 2013.

Lagu debut nyanyiannya berjudul “Hentian Terakhir” yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Damien VE berjaya melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang penyanyi muda yang digemari ramai.

Hael telah mengundur diri dari kumpulan duo Azhael di laman instagram beliau pada 2 Februari 2017 untuk bergerak solo.

Tiada Pertikaian

Ternyata ramai yang berpuas hati bila Jampi jadi juara berbanding juara lalu lagu Keliru (Ajai dan Nurul) dan Tolong Ingatkan (Ana Rafali) ramai yang pertikaikan kata berat sebelah dan artis veteren pun lebih memihak kepada lagu Jampi. Ini bemakna jampi menjadi pilihan hati orang ramai dan juri profesional. Sumber : hangat.com

Loading...