Sapu Pada Dada Dan Perut , Petua Hilangkan Batuk Berkahak Bayi

Loading...

Sekarang musim demam, batuk+selsema. Paling tak tahan bila anak batuk berkahak. Malam-malam pas minum susu batuk-batuk muntah. tidur pun tak selesa pusing-pusing nangis kita tengok pun sedih huhuhu T.T

Aida bagi makan ubat pun tak jalan sebab duduk di neseri mmg macam tu. Bila dah sihat, jangkit dengan kawan-kawan tak boleh nak buat apa huhuhu T.T nangis lagii…  Pastuu Aida ada google cara untuk hilangkan batuk berkahak secara traditional. Aida buatla memandangkan bahan-bahan semua ada di rumah.

Kawan-kawan yang ada masalah yang sama boleh try buat. Aida buat waktu dia tidur siang, belakang badan dia Aida pakaikan minyak yuyii pastuu di dada dan di perut aida bubuh campuran Kapur+Daun Kaduk+Air. Hmmm boleh dikatakan menjadi sebab anak Aida tidur dengan lamanya.. huhuhu

Petua campuran daun kaduk+air+kapur ini dikatakan boleh mengeluarkan kahak bayi melalui najis nya.. Cubala kawan-kawan try ye

Related image

Sumber : be-elegant.blogspot.my via FB Keluarga Till Jannah

Baca Juga: Cara Tepuk Yang Betul Hilangkan Kahak Baby Batuk, Selesema Ikut Panduan Doktor

Baby sakit baik batuk atau selesema doktor takkan bagi ubat batuk atau selesema. Ada juga mak ayah yang cuba dengan rawatan alternatif. Jika dah berlanjutan dekat seminggu dua kenalah bawa jumpa doktor.

Bimbang berkahak. Baby tak reti nak buang kahak sendiri. Sebab itu perlukan bantuan mak ayah untuk keluarkan.

Ini pengalaman yang dilalui seorang bapa, Muhammad Razi Bin Yusrizal ketika membawa bayinya yang batuk dan selesema dekat seminggu ke klinik Primer Cherang, Kota Bharu Kelantan.

Dr Safwan dan team membantunya dengan menunjukkan cara-cara yang betul menghilangkan kahak bayinya dengan teknik tepukan pada bahagian belikat dan tepi dada baby.

Senang saja caranya. Buat di rumah pun boleh. Insya Allah video ini akan membantu mak ayah. Kasihan baby Hanan. Batuk, selesema dekat seminggu.
 “Tidur malam pun sesak-sesak nafas. Pergi klini, team klinik ajar saya. Bagi susu kenyang-kenyang lepas tu, relaks 2 jam barulah tepuk.”
Video Cara Tepuk Nak Hilangkan Kahak Baby Batuk Dan Selesema

 Tip Bagus Doktor Beri

Tepuk guna 3 jari pada atas belikat baby dan tepi dada baby, lengkungkan tapak tangan agar tak kena bahagian badan lain baby.

Berhenti bila baby menangis bila mak ayah tepuk.

Letak baby atas bantal. Dukung pun boleh.

Sebaiknya tepuk 5 jam sekali. Selama 3 hari.

Mak ayah kena periksa lendir yang baby keluarkan, putih atau kuning.

Info Ini Pun Boleh Dicuba

 

Cara Betul Hilangkan Kahak Baby Batuk, Selesema Ikut Panduan Doktor

 

Sumber/Foto : Muhammad Razi Bin Yusrizal

 

Loading...