Setelah Sekian Lama Berdiam Diri, Inilah Respon Sufian Suhaimi Tentang Isu Pertunangan Beliau Yang Akan Membuatkan Elfira Loy Tertunduk Sayu.

Loading...

Sufian tetap berpegang pada prinsip pertunangannya dengan Elfira masih belum berakhir.

PENYANYI Sufian Suhaimi tetap berpegang kepada prinsip pertunangannya dengan Elfira Loy masih belum berakhir selagi cincin yang diberikan masih bersama pelakon itu.Sufian menerusi pengurusnya, Mahadhir Mohamad memberitahu hubungannya tidak mempunyai sebarang masalah kecuali ada campur tangan pihak ketiga.

“Dia berpegang kepada prinsip selagi cincin masih bersama Elfira mereka masih bertunang.

“Katanya dia dengan Elfira tiada masalah kecuali ada pihak ketiga,” katanya.

Ibu Elfira (kiri) mengesahkan pertunangan anaknya sudah berakhir.

Pada Sabtu, ibu kepada Elfira iaitu Filzah Yusoff, 52, mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan Sufian sudah berakhir baru-baru ini.

Pihaknya akan bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin pertunangan mereka dalam masa terdekat.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini.

Keluarga Sufian ketika menghantar rombongan merisik pada Julai tahun lalu.

Elfira kini sedang berada di New York, Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Mahadhir berkata, Sufian akan tampil memberikan kenyataan berhubung isu tersebut menerusi Instagramnya apabila tiba waktunya.

Malah Sufian akan menjawab mengenai dakwaan kononnya ibu Elfira terasa hati dengan Sufian yang didakwa mengeluarkan kenyataan di InstaStory mengatakan wanita itu adalah orang ketiga dalam perhubungan mereka.

“Itu nanti Sufian jawab sendiri di Instagram. Dia akan buat kenyataan bila sampai masanya,” katanya.
Sufian Suhaimi Tukar Nombor Handphone
STATUS hubungan Sufian Suhaimi dan pelakon Elfira Loy terus menjadi tanda tanya apabila pertunangan mereka dikatakan sudah berakhir.

Pasangan berkenaan dikatakan menunggu masa sesuai untuk mengumumkan perkara berkenaan.

Usaha mStar Online mendapatkan kesahihan perkara itu gagal apabila Sufian minta ruang dan tidak mahu diganggu buat sementara waktu.

Menurut pengurusnya, Mahadhir Mohamad, penyanyi berusia 25 tahun itu juga sudah menukar nombor telefon peribadi atas sebab-sebab berkenaan.

“Dia tukar nombor peribadi dan tak mahu diganggu,” jawabnya ringkas.

 

Penampilan terbaharu Sufian ketika menghadiri malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke 32, Ahad lalu.

Difahamkan Elfira pula kini berada di Amerika Syarikat bersama keluarganya.

Sebelum ini, tindakan penyanyi lagu Terasa Ada ini memuat naik foto kapsyen di Instastory mengundang persoalan netizen yang berasakan ia ditujukan kepada Elfira Loy.

Malah, ada netizen yang meninggalkan komen di Facebook milik sebuah portal berita memberitahu hubungan mereka telah berakhir minggu lalu.

 

Foto (kiri) dimuat naik Sufian di Instastory dan kanan, komen netizen mengenai hubungan mereka.

Pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu di Cheras, Kuala Lumpur.

Pada 23 Januari lalu, portal ini ada melaporkan Sufian mengakui hubungannya dengan Elfira melalui fasa yang rumit.

Bagaimanapun, dia sentiasa berdoa yang terbaik agar hubungan yang dibina itu berakhir seperti dirancang.

 

Pasangan ini merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Mac ini.

“Boleh dikatakan hubungan kami dalam keadaan complicated. Ia bukan kerana berhadapan masalah tapi sesuatu yang sukar dijelaskan. Seperti pasangan bertunang yang lain, kami melalui fasa ujian bertunang.

“Hanya kami berdua yang tahu apa yang berlaku dan mengharapkan pengakhiran yang baik,” ujarnya.

Perancangan awal perkahwinan mereka pada bulan depan namun sehingga kini kedua-duanya masih belum memaklumkan tarikh sebenar pernikahan.

 

 

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/02/15/sufian-elfira/#HuuaZrf1uOSPUiW0.99

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/02/17/sufian-elfira-putus/#iJbhI5mFL4tsU49U.99

Loading...