(Video) Anak-Anak Bergaduh, Mak Bapak Pula Melebih-Lebih Bawa Samuraiii

Loading...

Viral di media sosial video pergaduhan di antara dua jiran di sebuah perumahan di Paka, Terengganu sehingga melibatkan senjata pedang samurai mengundang pelbagai reaksi netizen.

Difahamkan, berlaku pertengkaran mulut di antara anak-anak saudara pengadu dengan anak-anak jirannya yang kemudian melaporkan kejadian itu kepada ibu bapa mereka.

Berdasarkan video, bapa kepada kanak-kanak perempuan terbabit tampil berdepan dengan pengadu yang merakam video tersebut dan kedua-duanya bertikam lidah dan saling menuding jari.

Situasi menjadi semakin tegang apabila dua anak perempuan lelaki terbabit gagal mengawal diri lalu bertindak biadab dengan memperlekehkan pengadu dan seorang lagi wanita yang dipercayai ibu kepada pengadu.

Sesekali kanak-kanak perempuan berbaju biru itu cuba menyerang kanak-kanak lelaki yang dipercayai anak jirannya itu, namun dilepaskan selepas ditegah pengadu.

Seketika kemudian kelihatan isteri lelaki terbabit datang membawa pedang samurai dan mengacu tepat ke arah ibu pengadu dan mengancam mencederakannya sebelum ditegah oleh suaminya.

Sekeluarga itu kemudian beredar namun dua anak perempuannya masih memperlekehkan pengadu yang ternyata tidak menghormati orang dewasa.

Difahamkan juga, pengadu telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, netizen mengecam sekeluarga terbabit yang tidak faham erti hidup berjiran sehingga tercetusnya kejadian yang tidak diingini. Malah turut mempersoalkan bagaimana mereka mengajar dua anak perempuan mereka yang berkelakuan tidak senonoh seperti itu.

Selain itu, netizen juga menggesa pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan terhadap keluarga terbabit yang memiliki senjata tajam yang bimbang akan disalahgunakan untuk mengancam keselamatan para penduduk yang lain di kawasan perumahan berkenaan.

Siap samurai lagi..Kejadian di paka katanya..

Posted by chickaboo.my on Samstag, 10. Februar 2018

Sumber : The Repoter

BACA JUGA ATIKEL MENARIK DI BAWAH !

(Video) Inilah Hukum “Pok Ya Cong Codei” Tipu 10 Ribu….UAI

Pada 2 Febuari 2018 telah berlangsungnya program Santai UAI anjuran Himpunan Anak Muda Marang (HIKAM 2.0). Antara wakil yang terlibat adalah Ustaz Azhar Idrus (UAI), Ustaz Kamaruzaman dan Saiful Apek Senario.

Dalam sesi santai UAI ini, Ustaz K telah menceritakan dan bertanya kepada Ustaz Azhar Idrus berkenaan hukum didalam telemovie berjudul ‘Pok Ya Cong Codei’.

Telemovie ini telah menjadi viral di laman sosial kepada anak2 muda dan semua rakyat Malaysia pada masa kini. Tujuan Ustaz K membangkitkan isu hukum ini adalah supaya anak2 muda dapat mengetahui dengan jelas hukum yang terdapat dalam penceritaan telemovie itu..

Seperti yang kita tahu telemovie arahan Sabri Yunus ini juga membawa pelbagai pengajaran yang boleh kita teladani. Antaranya sikap Pok Ya yang pemurah membantu membayar kos rawatan RM40K kepada emak Rashdan yang menghidap masalah jantung.

Watak Pok Ya yang dilakonkan oleh pelakon veteran, Sabri Yunus ialah seorang samseng di Kelantan dan ditugaskan mencari anak seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur dengan upah sebanyak 40K.

Watak Datuk Sahak yang dilakonkan oleh Mustapha Kamal ialah seorang peguam yang sering melakukan kegiatan haram dan telah terbongkar apabila Rashdan (Fikri Ibrahim) telah menceritakan semua kegiatannya kepada anak perempuan Datuk Sahak, Aina yang dilakonkan oleh Uqasha Senrose.

Pok Ya mempunyai ramai pengikut di Kuala Lumpur dan telah mengupah anak buahnya untuk membantu mencari anak Datuk Sahak. Akhirnya anak Datuk Sahak dijumpai dan seterusnya diserahkan kepada Datuk Sahak.

Tetapi Pok Ya telah menipu Datuk Sahak dengan meminta tambahan 10K lagi kerana beliau terpaksa membayar tebusan iaitu anaknya kepada penculik. Seterusnya Datuk Sahak membayar 50K kepada Pok Ya.

Isunya disini ada apakah status 10K tambahan yang diambil oleh Pok Ya, yang mana perjanjian asalnya adalah 40K sahaja, tetapi beliau mengambil 50K.

Berdasarkan penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus,

“Sebenarnya ini bukan berlaku di dalam cerita ini sahaja, ia berlaku dalam setiap amalan dan kita kena mengikut hukum syarak, sebab tu datang diantaranya Islam ini ada 4 perkara iaitu tentang ibadah, tentang muamalah, munakahah dan jinayah, jadi kalu maknanya upah mengupah ni masuk dalam muamalah (muamalat).”

“Jadi islam mari ajar kita muamalat kita ni tidak sama dengan muamalat org kafir, ada yang sama, klau tak salah boleh, yang salah tak boleh, antaranya ialah helah untuk mengambil harta org dengan cara yang tak betul ataupun menaikkan harga dengan cara ‘ngelak’ (menipu). Nak tahu benda tu baik atau tak baik, kalau org tipu kita benda yang sama kita tipu dia, kita marah tak? Mestilah kita marah, tp jangan la buat kepada org.”

“Cerita Pok Ya ni sekali je kadang2 berlaku dalam filem, tapi yang selalu berlaku hari2, kalau kerja di pejabat sepatutnya claim perjalanan 200km, tapi dia claim 300km, sama jerr… duduk hotel rm100, tapi bagitahu hotel rm200, naik bas bagitahu naik kapal terbang supaya dapat bayaran lebih.. Pok Ya ni dia hanya bagi ‘Hint’ jer…. Benda yang berlaku dalam masyarakat.”

“Jadi benda tipu menipu ni selalu berlaku dah, akhir zaman… dulu sikit2, sekarang ni makin banyak, daripada atas sampai kebawah… bila anak2 menipu apa sebabnya?? Sebab ayah bapak menipu, jadi itulah apa yang berlaku dalam negara kita…”

“Kes Pok Ya ni tipu 10K, yang tipu 2 billion, haaaa… tak boleh, walaupun seringgit pun tak boleh tipu.. kalau nak.. mintak.. macam cerita Pok Ya ni dapat 40K, bagitahu Datuk Sahak tu saya berasa lelah dah ni, boleh tak tambah lagi 10k, Datuk kata OK, setuju.. jadi xde masalah.. tiada perjanjian.. jadi kalau tipu benda tu jadi HARAM.. Mungkin dia ingin memberi isyarat ape yang berlaku sekarang dalam negara kita, banyak penipuan ambil harta dengan cara tak betul, kerajaan ambil harta rakyat, rakyat tipu kerajaan..”

“Rakyat tipu kerajaan, balik kerja pukul 5 tak punch kad, dia suruh kawan dia punch kad pukul 10, dapat 5 jam.. kalau RM5 sejam dapat RM25, kerja 15 tahun lepas myvi 2 biji… itu rakyat tipu kerajaan.. kerajaan tipu rakyat itu fardu ain dah wajib… Bini tipu laki, bila ajak pergi kuliah, alasannya period la, itu la, ini la, segugut la, keputihan la, cabut lutut la, padahal nak tengok cerita bintang mencari bintang..”

Uztaz Kamaruzaman mengulas lagi, beliau memberitahu “Pok Ya ni BAGUS.. walaupun dia mengambil duit 40K, dia tak guna untuk dia, tapi dia bersedekah kepada org lain utk beli bateri alat rawat jantung..”

Dibawah ini Video santai UAI untuk tatapan semua…

Sumber : https://itsallaboutlife2018.com/2018/02/10/hukum-pok-ya-cong-codei-tipu-10k/

Loading...