Wanita ini menemui sebatang pokok yang dipenuhi ‘peluru’. Setelah dihampiri, akhirnya dia mengetahui punca sebenar…

Loading...

Pernah anda melihat sejenis pokok yang berlubang-lubang seperti ini? Pelik bukan? Geli pun ada…

Seorang wanita yang sedang berjalan-jalan di sekitar kawasan hutan telah menemui pokok ini yang dipenuhi dengan lubang-lubang kecil. Pada sangkaan awalnya, pokok ini mungkin pernah dijadikan sebagai sasaran menembak semasa zaman peperangan dahulu.

Ia bukan sekadar lubang biasa ya? Di dalam lubang tersebut mempunyai objek seolah-olah peluru dan perkara ini menimbulkan kekeliruan.

Dari mana punca lubang itu?

Jika dilihat dari jauh, ya pokok ini kelihatan seperti dipenuhi dengan kesan-kesan peluru yang banyak. Namun, semakin wanita ini menghampirinya, ternyata dia amat terkejut dengan keanehan rupa fizikal pokok tersebut.

Setelah diteliti, akhirnya wanita ini mengetahui siapakah dalang yang menyebabkan lubang pada pokok itu. Ia adalah kerja burung belatuk.

Burung belatuk akan menebuk lubang pada batang pokok dengan satu tujuan iaitu, untuk menyimpan biji pokok oak di dalam pokok tersebut. Dianggarkan hampir 50,000 lubang akan ditebuk pada setiap batang pokok oleh burung-burung ini dan mereka akan mengumpulkan kesemua biji oak untuk disumbatkan ke dalam lubang yang telah ditebuk.

Ini merupakan tingkah laku normal bagi semua burung belatuk. Jadi, jika anda menemui pokok seperti ini pada masa hadapan, jangan berasa takut pula.

Apa yang anda perlu lakukan adalah isikan semula kekacang yang jatuh di tanah ke dalam lubang pokok. Dengan cara ini, anda akan membantu burung belatuk memperoleh sumber makan yang berterusan.

Sumber: GoodTimes

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Ada pengajaran daripada cerita ini

Pelajaran Dari Burung Belatuk.

Lihatlah di atas pohon itu.Engkau akan melihat burung yang berdada putih nan elok dengan leher berwarna merah serta bulu-bulu yang indah. Namanya adalah burung belatuk.

Lihatlah bagaimana ia menggunakan paruhnya yang aneh itu untuk mematuk-matuk kulit pohon. Tahukah kalian kenapa ia melakukan hal demikian ?.Ia sedang mencari serangga di dalam kayu.
Tidak seperti burung-burung lain, burung belatuk dapat berjalan lurus keatas pohon. Ia dapat berjalan ke atas dan kebawah, hinggap dari satu sisi kesisi yang lain, berputar dan mengelilingi batang pohon, mematuk-matuk mencari makanan.

Ketika manusia hendak memanjat pohon, ia harus memeluk pada batang pohon dan memegangnya erat-erat. Tetapi burung belatuk berjalan lurus naik, melekat pada kulit kayu.Jika burung belatuk harus memeluk batang pohon seperti halnya manusia, maka ia tidak akan mampu untuk mematuk-matuk dan meneguk makanannya dari dalam kayu.
Tidak seorang pun dapat melakukan apa yang dilakukan oleh siburung belatuk. Kebiasaan ini sangat jarang terlihat. Kalian tidak akan menjumpai hal yang demikian pada burung-burung yang lain.

Hikmahnya.Orang yang bijak itu bagaikan burung belatuk dan dunia bagaikan pohon yang besar.Dengan keimanan dan ketetapan hati, seorang manusia bijak yakni insan kamil, dapat melakukan apa yang tidak sanggup dilakukan oleh orang lain. Sebagaimana burung belatuk yang dengan mudah dapat memanjat keatas, mematuk-matuk pada setiap titik kulit kayu.Sebagaimana dia mengelilingi dunia tanpa memeluknya.

Manusia bijak mematuk-matuk dengan sifat-sifat keTuhanan dan meneguk kebenaran yang diperlukan bagi makanannya. Manusia bijak bukanlah orang yang menyandarkan kehidupannya pada pohon dunia.Dunia tidaklah sukar baginya, kerana itu dia dapat bergerak bebas kearah mana yang ia kehendaki.

Kebanyakan manusia menjulurkan hidungnya kesegala urusan duniawi dan berusaha untuk memeluk kesemuanya. Kerana itulah mereka menemui banyak kesukaran dalam mendaki pohon dunia.Apakah kalian mengerti ?.

Burung belatuk adalah seekor burung yang cerdas, dan manusia bijak adalah orang yang cerdas.Apabila seseorang yang tidak bijak dan cergas maka ia hanya mampu menggenggam dunia tanpa sanggup memanjatnya. Akan sulit baginya untuk meneguk kebenaran.Sulit pula baginya untuk memiliki sifat-sifat yang baik dan dapat mengenal cinta dan meraih kebebasan jiwa. Inilah sebabnya mengapa manusia sengsara dan tersungkur.Semakin kuat kalian berpegang pada pohon dunia semakin kuat pula kalian akan menderita.

Fahamkah kalian bagaimana orang bijak hidup di dunia tanpa dibuai olehnya?.Adalah mudah baginya kerana ada iman dalam hatinya.Ada keteguhan, ketenangan dan kearifan dalam dirinya.fikirkanlah mengenai hal ini.Jikalau kalian juga belajar bagaimana melakukannya, kalian akan menjadi lebih indah dari siburung belatuk.

Tuhan akan menyematkan mahkota-Nya yang agung di atas kepalamu dan menganugerahimu dengan dua sayap kearifan dan iman. Matamu akan terlihat cantik dan hatimu akan menjadi sempurna, dan pada akhirnya nanti kalian akan meraih kedamaian.

Renungilah pelajaran dari burung belatuk.Semoga Allah memberimu pencerahan kearifan.Amin.

www.facebook.com/maulabillah
www.facebook.com/tradezara

Era Baru

Loading...