YDP Agong Tarik Balik Darjah Kebesaran Dari 3 Nama Besar Pembangkang Atas Sebab.. Salah Seorang Baru Sahaja Pulang Pangkat Dia Yang Lain!

Loading...

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V secara rasminya menarik balik darjah kebesaran tiga pemimpin pembangkang.

Terdahulu, penganalisis politik yang juga ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff mendedahkan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad antara tiga pemimpin pembangkang yang ditarik balik darjah kebesaran dari Istana Kelantan.

Dua lagi individu yang ditarik balik darjah kebesaran dari Istana Kelantan adalah pemimpin parti Amanah Negara(PAN) iaitu Husam Musa dan Wan Abd Rahim W Abdullah.

Wan Abd Rahim W Abdullah adalah Pengerusi AMANAH Kelantan yang juga bekas speaker dewan undangan negeri (DUN) manakalah Husam Musa adalah Ahli Dewan Undangan Negeri, DUN Salor.

Kedua-dua mereka ini tidak lagi bergelar Datuk atas penarikan balik darjah kebesaran dari Sultan Muhammad V.

Husam dalam kenyataannya hari ini memberitahu pingat berkenaan diserahkan semula selaras dengan surat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan petang semalam.

Melalui surat itu katanya mereka dimaklumkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, bersetuju menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang telah dianugerahkan kepada mereka sebelum ini.

Penarikan balik darjah kebesaran itu berkuat kuasa pada 6 Februari 2018.

“Menjunjung sebagaimana dititahkan, kami berdua telah mengembalikan ketandaan darjah kebesaran dan surat pelantikan yang berkaitan kepada Yang Amat Berusaha Pengelola Istana D’Raja pada hari ini, 7 Februari 2018 di Istana Balai Besar, kata Husam.

Sumber : https://www.blogammar.com/tarik-balik-darjah-kebesaran/

Loading...