Artis Yang Dahulunya Dikenali Dengan Imej Seksi, Zila Bakarin Dedahkan Foto Anak dan Suami Yang Tak Pernah Orang Lihat (10 Gambar)

Loading...

Zila Bakarin Dedahkan Foto dan Nama Suami Yang Dikatakan VVIP .Pelakon Zila Bakarin merupakan antara pelakon yang sangat dikenali oleh peminat walaupun kelibatnya jarang-jarang kelihatan di pentas lakonan.

Namanya dahulu meniti dibibir peminat terutamanya peminat lelakinya. Gaya seksi dan panas itu sering kali mendapat perhatian rakyat Malaysia. Apa pun yang terjadi, Zila sebenarnya seorang yang tabah dan tidak mudah putus asa. Beliau masih lagi mahu dilihat seorang pelakon yang berjaya dan berdedikasi. Janganlah kita menilai luaran beliau, yang luaran itu belum pasti tampak jelas keburukannya.

Siapa tidak kenal dengan pelakon yang sentiasa tampil seksi iaitu Zila Bakarin. Malah, penampilan imej seksi Zila sentiasa menjadi perhatian orang ramai sehinggakan orang menganggapnya seorang janda dan isteri kedua kenamaan.

 

Untuk pengetahuan semua, Zila mempunyai seorang suami dan dua orang anak perempuan iaitu Chinta umur 4 tahun dan Kaseh yang beumur 7 tahun. Suami Zila, Azri Azhar merupakan seorang jurukamera. Disebabkan ingin membebankan ringan suami dalam mengurus kewangan keluarga Zila masih lagi aktif berlakon sehingga kini.

 

Tahun ini, aktres kelahiran Kedah yang berusia 42 tahun itu tampil berani apabila memilih untuk menggayakan baju Melayu Teluk Belanga siap dengan sampin berona kuning sebagai busana keluarganya menyambut bulan Syawal.

Malah Zila turut menggayakan dua anak perempuannya, Kaseh, 8 tahun; dan Chinta yang kini berusia 5 tahun, dengan gaya serupa iaitu memilih baju Melayu warna merah jambu dan hijau pucuk pisang untuk anak-anaknya.

Menurut portal tempatan mStar Online, nasib baik Zila atau nama sebenarnya iaitu Rosmawati Bakarin itu tidak pula memakaikan suaminya sendiri, Azri Azhar dengan busana baju kurung atau kebaya moden!

Walaupun ia barang kali agak jarang dibuat orang kebanyakan, namun Zila dan anak-anaknya pula dilaporkan tetap kelihatan bergaya dan anggun ketika mengenakan baju Melayu lengkap tersebut ketika sibuk pergi beraya.

Ramai pengikut Zila menerusi laman Instagram turut memuji keberanian pelakon berkenaan tampil dengan kelainan selain ada peminat wanita yang ingin mencuba idea unik tersebut pada hari raya tahun hadapan.

Tidak kurang juga ada netizen usik agar Zila sekeluarga memakai baju kurung pada tahun hadapan pula sebagai menampilkan kelainan ketika sambutan perayaan. Macam mana rupa agaknya suami Zila pakai baju kurung ya?

@syam0nz: Ko wat hal kak baju Melayu, tetapi ia sangat comel! Ok tahun hadapan saya nak baju Melayu juga.

@syuhaida.abraz: Kakak! Cantiknyaaaa pakai baju Melayu!

@ara_3112: Kak Zila kami pun rasa nak pakai macam ini tahun depan. Macam lawa pulak tengok akak tadi.

@izaahmad: Ia sangat rare tetapi cantik… Nak pakai juga tahun hadapan, Insya-Allah.

@putera_awie: Haha… tahun depan semua pakai baju kurung pula!

Nampaknya keberanian Zila tampil memakai baju Melayu boleh menjadi ikutan ramai. Ayuh sama-sama kita tunggu untuk raya Aidilfitri pada tahun hadapan pula! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Semoga Zila sentiasa hidup bahagia bersama keluarga tersayang dan sentiasa sukses dalam bidang seni yang diceburinya.

Loading...